KETAHUILAH KHASIAT HALBA - PENAWAR PALING MURAH!!!
Halba
adalah merupakan rempah ratus yang sering digunakan samada masyarakat
Melayu mahupun dikalangan bangsa lain. Namun Fakir rasakan golongan
masyarakat India dan India Muslim di negara inilah yang paling meluas
menggunakan halba.
"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :"Gunakanlah Halba sebagai ubat"
Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة)
Nama Saintifik bagi halba ialah Trigonella foenum-graecum manakala orang Inggeris mengenalinya sebagai Fenugreek. Halba
adalah bijiran benih keras daripada pokok kekacang. Ia boleh didapati
sama ada dalam bentuk asal dan kering, atau serbuk berwarna kuning
pudar, atau bijian kisaran daripada bijiran yang telah dipanggang.
Rasanya aromatik, kuat dan pahit manis, seperti gula yang telah dibakar
dengan sedikit saderi. Kegunaan utama halba adalah di dalam serbuk kari.
Jika
halba perlu digunakan dalam pes kari, rendamnya semalaman untuk ia
mengembung dan menjadi lembut, supaya senang dicampur dengan bahan-bahan
lain. Selain dari kari, halba juga digunakan untuk menambah rasa daging
merah, ternakan dan sayuran. Namun, jika ia digunakan terlalu banyak ia
akan meninggalkan rasa yang pahit.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad
( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Halba
mempunyai sejarah yang panjang di dalam dunia perubatan terutama untuk
membesarkan payudara dan kuantiti susu bagi ibu yang menyusu. Saintis
telah mengesahkan, halba mempunyai konsentrasi tertinggi diantara
tumbuhan yang digunakan sebagai penggalak pembesaran payudara, seperti
diosgenin, steroid semulajadi yang dipanggil sapogenin mewakili 60%
pembuatan steroid didalam industry pharmaseutikal.
Orang-orang Melayu di Terengganu menjadikan halba sebagai salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang. Manakala di Johor, saudara-saudara kita sering memasak nasi lemak dengan meletakkan halba... untuk naikkan wangi nasi lemak tersebut.
Orang-orang India juga banyak memanafaatkan halba dalam setiap masakan mereka dan salah satu contohnya ialah kari.
Sedikit
bahagian daripada halba ini turut digunakan secara komersial dalam
perisa buatan seperti vanila, caramel, butterscotch dan maple.
KEGUNAAN HALBA
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak-anak yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita
No comments:
Post a Comment